Wednesday, March 3, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H..

Salam Maulidur Rasul buat teman sekalian,

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


Pada 1 Mac 2010 bersamaan 15 Rabiul Awal 1431H, Persatuan Pendidikan Islam KKTM Sri Gading telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul untuk kali ke-2 pada peringkat kolej. Sambutan ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan warga KKTM Sri Gading, paling utama mengajak kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Malah diharapkan kita dapat susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.


Majlis diserikan lagi dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kasbullah Bin Hj Kosni dari Pejabat Agama Batu Pahat.