Wednesday, March 3, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H..

Salam Maulidur Rasul buat teman sekalian,

Alhamdulillah, segala puji dan puja kita rafaakkan kepada Allah yang telah memberikan pelbagai nikmat kepada kita, Selawat dan salam buat junjungan besar tercinta Nabi Muhammad SAW, penutup sekalian para nabi dan rasul, penunjuk jalan al-haq dan daie sepanjang jalan.


Pada 1 Mac 2010 bersamaan 15 Rabiul Awal 1431H, Persatuan Pendidikan Islam KKTM Sri Gading telah mengadakan sambutan Maulidur Rasul untuk kali ke-2 pada peringkat kolej. Sambutan ini bukan sahaja dapat mengeratkan lagi hubungan warga KKTM Sri Gading, paling utama mengajak kita menggali semula mutiara keindahan hidup baginda SAW. Malah diharapkan kita dapat susuri dan teladani qudwah dakwah dan perjuangan baginda bagi kita memacu semula gerakan pencerahan dan pembangunan semula satu nahdah (peradaban). Biarpun jasad baginda jauh beribu-ribu batu, namun jiwa,perjuangan baginda tetap mekar dan dekat di hati kita.


Majlis diserikan lagi dengan ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Kasbullah Bin Hj Kosni dari Pejabat Agama Batu Pahat.

Tuesday, February 9, 2010

Minggu Usahawan KKTM Sri Gading

Bermula 1 Feb 2010 hingga 12 Feb 2010, Unit Keusahawanan Jabatan Pengajian Am telah mewajibkan semua pelajar sem 4 yang mengikuti subjek DUK4012 Entrepreneurship membuat perniagaan kecil-kecilan di dalam kolej. Aktiviti ini dikira 10% dalam coursework untuk subjek Entrepreneurship. Setiap kelas dibahagikan kepada dua kumpulan dan disyaratkan menjual produk atau perkhidmatan yang berlainan. Aktiviti ini bukan sahaja membuka minda para pelajar tentang dunia perniagaan, malah memupuk minat mereka dengan budaya keusahawanan. Di bawah ini terdapat beberapa gambar sepanjang Minggu Usahawan di KKTM Sri Gading.



Friday, February 5, 2010

Tahniah!!

Sekalung tahniah buat warga kerja KKTM Sri Gading kerana mendapat Persijilan Amalan 5S. Usaha warga kerja, pelajar dan kontraktor berdaftar berbaloi apabila diumumkan oleh En. Ismail Mohd Nor, wakil MPC bahawa amalan 5S di KKTM Sri Gading dikategorikan lulus tanpa syarat. di bawah ini disertakan beberapa keping gambar semasa audit dibuat pada 3 Februari 2010.



Tuesday, January 26, 2010

Amalan 5S KKTM Sri Gading


Hasrat untuk mendapatkan persijilan Amalan 5S di kalangan warga kerja KKTM Sri Gading tidak pernah luntur.. Warga kerja KKTM Sri Gading bersatu hati dan saling bekerjasama untuk memastikan persekitaran kerja di sini menepati standard yang ditetapkan. Jabatan Pengajian Am tidak ketinggalan dalam melaksanakan amalan ini yang diletakkkan di bawah Zon Akademik.

Usaha untuk menjayakan amalan ini disokong lagi dengan taklimat yang diadakan untuk semua warga kerja termasuklah kepada tenaga pengajar, kakitangan pentadbiran, pelajar-pelajar dan pihak kontraktor berdafrar.

Program 5 minutes 5S Talk diadakan kepada semua pelajar pada sesi pagi pembelajaran yang hanya mengambil masa 5 minit diisi dengan maklumat-maklumat berkaitan Amalan 5S. Program dibawah kendalian Unit Latihan ini dilihat mampu menerapkan Amalan 5S yang berterusan di kalangan pelajar. ini selari dengan prinsip asas 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.